Header Ads

test

AHLI PARLIMEN SIK PRIHATIN NASIB USAHAWAN



SIK – Seramai 45 usahawan menarik nafas lega apabila menerima bantuan alatan perniagaan daripada Ahli Parlimen Sik, YB Ahmad Tarmizi Sulaiman.

Katanya, semua usahawan itu diraikan di dalam Program Bantuan Usahawan Desa Parlimen Sik 2022 Siri ketiga dan semua kos keseluruhan bernilai RM76,000.00.

“Program ini merupakan inisiatif daripada Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sik (PUSRASIK) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Wadi An-Nasr dan Pertubuhan Penggerak Masyarakat Alor Setar bagi kali ketiga untuk membantu usahawan meningkatkan pendapatan keluarga mereka.

"Alhamdulillah, seramai 45 orang usahawan desa daerah Sik menerima bantuan perniagaan berupa mesin pengisar kopi, freezer, mesin pam air, gendola, oven industri dan mesin pengadun roti,” ujarnya.

Hadir sama, Pegawai Khas Kawasan Menteri Besar Kedah, Haji Badrul Hisham Abdul Rahman; wakil NGO An Nasr Care, Ustaz Nasrun Othman dan NGO Penggerak Alor Setar, Yahya Abdullah dan Muzammil.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan