Header Ads

test

HUJAN LEBAT PUNCA TANAH RUNTUH


SIK - Hujan lebat berterusan dipercayai menjadi punca kejadian tanah runtuh di sekitar Mukim Sok Baru, di sini.


ADUN Belantik, YB Dato' Haji Mohd Isa Shafie berkata, tanah runtuh ini mengakibatkan jalan utama penduduk di penuhi tanah dan pokok kayu.


“Alhamdulillah, semalam kita telah mengarahkan jabatan terlibat membuang tanah dan pokok kayu yang menghalangi jalan giat dijalankan. Jalan Kebun Kampung Lintang agak teruk mengalami kejadian tanah runtuh ini.


“Penduduk-penduduk diingatkan jangan risau, kerja-kerja pembersihan sedang dibuat bagi melancarkan pergerakan penduduk untuk keluar masuk bekerja di kebun getah,” ujarnya.


Katanya lagi, Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Belantik akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa.

Tiada ulasan