Header Ads

test

GERAN RM714 RIBU DIAGIH KEPADA PERTUBUHAN SUKARELA KEBAJIKAN



ALOR SETAR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memperuntukkan geran bernilai RM714,544.00 kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) Negeri Kedah.


Penyampaian ini disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun.


Katanya, sumbangan ini akan disalurkan kepada tujuh PSK yang terlibat bagi memberikan perkhidmatan penjagaan, perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan sasar, warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan kanak-kanak.


“Tujuh PSK yang terlibat adalah Rumah Amal Kulim, Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Kamakshi Wilayah Utara, Pertubuhan Bela Didik Anak-anak Yatim (BEDAYA), Persatuan Sindrom Down Kedah, Pusat Jagaan Harian Sinar Harapan, Pusat Jagaan Rumah Amal Daerah Yan serta Pertubuhan Asuhan dan Didikan Anak-Anak Yatim dan Miskin Daerah Sik (ADIK).


“Seramai 275 penerima manfaat yang terdiri daripada Orang Kurang Upaya, warga emas dan anak yatim,” ujarnya.


Beliau berkata demikian di Majlis Penyampaian Bantuan Kewangan Kerajaan Persekutuan kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan di Hotel Grand Alora, Alor Setar, semalam.


Beliau berharap dengan pemberian bantuan kewangan ini, PSK dapat mengoptimumkan bantuan kewangan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dalam pemeliharaan dan penjagaan kepada golongan sasar.


Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato' Hajah Halimaton Shaadiah Saad.

Tiada ulasan