Header Ads

test

BANTUAN BANJIR TANPA KIRA AGAMA


BALING - Kaum Tiong Hua yang terjejas akibat banjir menerima sumbangan berupa wang tunai. 


Sumbangan tersebut diberikan oleh ADUN Kupang, YB Brigedier Jeneral Dato' Haji Najmi Haji Ahmad di setiap kediaman mangsa. 


Katanya, pemberian sumbangan ini diberikan secara berperingkat dari semasa ke semasa. 


"Sesiapa yang belum menerima sumbangan ini akan diberikan dengan kadar segera tanpa mengira latar belakang politik,bangsa dan agama. 


"Masa pemberian sumbangan agak terhad. InsyaAllah program pemberian sumbangan sebegini akan diteruskan dari masa ke semasa sehingga semua yang ditimpa musibah dapat manfaatnya," ujarnya.


"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"


#UPDA

#UrusSetiaPeneranganDarulAman

Tiada ulasan