Header Ads

test

KERAJAAN KEDAH BINA RUMAH MANGSA BANJIR


ALOR SETAR – Kerajaan Kedah meluluskan peruntukan RM57 ribu bagi setiap rumah yang akan dibina untuk mangsa banjir di Baling baru-baru ini.

Menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor sehingga kini, sebanyak 17 buah rumah akan dibina.

Katanya, agensi-agensi berkaitan akan turun membanci rumah-rumah yang rosak agar laporan yang diterima adalah tepat dan tidak berulang. “Pada 14 Julai akan diadakan serahan bantuan kerajaan negeri buat penduduk yang hilang penempatan iaitu sebanyak RM400 untuk menampung rumah sewa dan RM100 kos utiliti selama enam bulan, ujarnya. Muhammad Sanusi turut memaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Tanah Negara telah memutuskan bahawa semua kediaman di rizab sungai perlu dikosongkan berikutan ramalan berlakunya peningkatan paras air di seluruh dunia. “Jadi kita pindahkan yang berisiko dahulu dan fasa berikutnya kita pindahkan secara berperingkat-peringkat,” ujar beliau dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kulim Smart Parking di sini hari ini.
Katanya lagi, kos perpindahan menelan belanja bilion ringgit jika dilakukan secara serentak seluruh Kedah kerana bilangan keluarga yang menduduki di rizab sungai agak ramai.

#MediaMBKedah
#UrusSetiaPeneranganDarulAman

Tiada ulasan