Header Ads

test

‘BLAME GAME’ TIDAK MEMBANTU RAKYAT – MB KEDAH

 


BALING – Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyeru untuk menghentikan budaya ‘blame game’ iaitu yang bersalah akan cari jalan untuk melepaskan diri apabila berlaku suatu tragedi.

Tegasnya apabila pemimpin atau kerajaan mengamalkan budaya ‘play safe’ dan ‘blame game’ ini, masyarakat tidak akan maju kerana masing-masing menyalahkan dan sifat ini tidak bagus untuk negara.

“Saya dah jadi Menteri Besar dan mengambil tanggungjawab bagaimana nak menyelesaikan isu ini, saya nak fakta dan angka sahaja untuk adil kepada semua,” ujar Sanusi dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Pejabat Daerah dan Tanah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab tuduhan bahawa kerajaan sedang melindungi kesalahan projek Musang King di Gunung Inas yang dikatakan punca utama terjadinya banjir di Baling baru-baru ini.

Jelasnya, beliau tidak ada apa-apa kepentingan kerana Musang King ditanam sebelum zaman pentadbirannya lagi.

Muhammad Sanusi berkata sejak tahun 2020 lagi beliau telah mengarahkan penanaman Musang King dihentikan dan kawasan hakisan diarahkan untuk ditanam dengan tanaman tutup bumi dan ia telah dilaksanakan.

Bukit itu menurutnya tidak akan tumbuh hutan serta merta kerana pokok-pokok hutan ini mengambil masa 30 tahun untuk besar, matang dan menjadi hutan semula.

“Depa semua nak salahkan Musang King, saya kata Gunung Jerai tak dak Musang King, tak dak pengondolan dan pembalakkan tapi fenomena banjir yang sama iaitu akibat pengaliran air dalam kuantiti yang banyak dengan serentak sehingga terjadinya kepala air,” jelas beliau.

Menteri Besar berkata kepimpinan beliau mesti berdasarkan fakta iaitu laporan rasmi daripada pihak jabatan dan agensi dalam masa terdekat.



Tiada ulasan