Header Ads

test

KERAJAAN NEGERI TANGGUNG SEWA RUMAH MANGSA BANJIR



BALING – Kerajaan bersetuju untuk membayarkan sewa rumah mangsa banjir di Baling yang kehilangan penempatan selama enam bulan.

Menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor, angka terbaru yang dimaklumkan oleh Pegawai Daerah berkenaan penempatan yang musnah adalah sebanyak 15 buah rumah, 14 buah rumah rosak teruk dan rumah yang mengalami kerosakan kecil sedang dikenal pasti. 

Jelasnya, kebanyakkan rumah-rumah yang hanyut itu didirikan atas tanah rizab sungai dan bukan tanah hak milik.

“Kalau mereka ada tanah di tempat lain proses membuat rumah baru akan lebih cepat, kita akan usahakan proses dipercepatkan,” ujar Sanusi dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Pejabat Daerah dan Tanah di sini hari ini.

Muhammad Sanusi turut memaklumkan bahawa banyak syarikat dan individu yang menawarkan untuk memberi sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir.

Beliau turut mengalu-alukan jika masih ada badan korporat dan agensi yang berhasrat untuk membantu hulurkan sumbangan melalui tabung sumbangan bencana Kedah Care.


#MediaMBKedah 
#UrusSetiaPeneranganDarulAman

Tiada ulasan