Header Ads

test

BUSUK DAN KOTOR, PENDUDUK TERGANGGU LONGGOKAN SAMPAH



POKOK SENA – Busuk dan kotor. Itulah yang dapat digambarkan perasaan penduduk di Kampung Sungai apabila kawasan berhampiran perumahan mereka dijadikan tempat pembuangan sampah.

Sikap tidak bertanggungjawab penduduk dengan mengambil mudah melupuskan sampah dengan hanya melonggokkan sampah dan sisa makanan di tepi jalan ternyata mencemarkan bau dan persekitaran.

“Bau busuk di bawa angin sampai ke rumah kami,” begitulah keluhan wakil penduduk ketika ditemui akbar, pada Jumaat lepas.

Hal ini mendapat perhatian Pegawai Khas Exco Penerangan Kedah, Mohd Firdaus Salleh.
Beliau hadir meninjau dan mencari solusi permasalahan yang menjadi kerunsingan penduduk di situ.

Katanya, punca utama terjadinya pencemaran ini disebabkan kedudukan tong sampah besar yang jauh dari komuniti di sini.

“Sebenarnya permohonan tong sampah besar telah diluluskan oleh pihak Majlis Bandaraya Alor Setar sebelum ini, namun disebabkan ada tentangan dari beberapa penduduk, ia tidak dapat di letakkan sehingga kini,” jelasnya.

Tambahnya lagi, diperingkat Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bukit Pinang akan mencari lokasi yang sesuai dengan kadar segera bagi membantu penduduk menguruskan sisa pepejal ini.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan