Header Ads

test

PENJAWAT AWAM DIINGATKAN JAGA INTEGRITI SEWAKTU BEKERJA



KULIM – Penjawat awam diingatkan supaya mengamalkan pekerjaan secara berintegriti sewaktu dalam perkhidmatan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmi Kemiskinan, YB Dato’ Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali berkata, setiap pekerjaan yang dilakukan dengan penuh ikhlas akan menghasilkan kejayaan yang maksima.

"Setiap individu itu mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar dalam setiap jawatankuasa dan perlu berusaha mencorakkan hasil kerja yang hendak di capai.

"Jika usaha yang dicurahkan tidak seberapa, maka hasil atau keputusan yang dibuat juga tidak akan membuahkan kecemerlangan. Pendek kata, jawatankuasa yang cemerlang akan menghasilkan kelas yang cemerlang juga,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan perasmian penutup Bengkel Kecemerlangan Kepimpinan dan Kesedaran Sivik Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Kulim Tahun 2022 di Dewan Aktiviti Jabatan Perpaduan Daerah Kulim Bandar Baharu, di sini, hari ini.

Beliau juga berharap semua penjawat awam membetulkan kembali sistem perkhidmatan memandangkan penjawat awam merupakan tunjang kepada kerajaan.

Turut hadir, Pegawai KEMAS Daerah Kulim, Norhayati Abu Samah; Penolong Pegawai Pembangunan Komuniti dan Kemahiran KEMAS Parlimen Padang Serai, Azlan Hashim; Penolong Pegawai Pendidikan Awal Kanak-kanak KEMAS Daerah Kulim, Nor Ainne Abdullah; Pengerusi Tabika KEMAS Kampung Tok Rasul, Haji Azhar Hussain dan semua semua Pembantu Pembangunan Masyarakat Kanan ( PPMK ) Pelbagai Jurusan, Pengerusi dan semua Jawatankuasa aktiviti KEMAS Daerah Kulim serta Pendidik dan Pemaju Masyarakat Pelbagai Jurusan.
"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan