Header Ads

test

KEDAH TANGANI ISU SUSUT SAWAH PADI



ALOR SETAR – Pembinaan rumah di kawasan sawah padi tidak dapat dielakkan kerana jumlah peningkatan penduduk semakin bertambah di Kedah, ujar Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan, YB Dato’ Azman Nasrudin.

Katanya, Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan terdapat peningkatan penduduk Kedah dalam masa 10 tahun iaitu sebanyak 1.7 peratus.

“Walaupun peningkatan itu tidak terlalu tinggi namun kerajaan perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi memenuhi keperluan menyediakan kediaman kepada rakyat dan dalam masa yang sama perlu memastikan kawasan sawah dilindungi.

“Kerajaan negeri mengambil inisiatif merancang kawasan-kawasan yang telah digazetkan bagi membina rumah dan menjadi sekuriti makanan di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

“Sehingga kini kawasan MADA mempunyai 800,000 hektar kawasan padi di Kedah dan 200 di kawasan Perlis,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika Slot Wacana Eksklusif:Persediaan Kedah Hadapi Sekuriti Makanan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, Dato’ Syeikh Haji Zakaria Othman secara langsung di Facebook Urus Setia Penerangan Darul Aman (UPDA), pada Jumaat lalu.

Tambahnya lagi,kawasan pembinaan rumah agak terhad di bandar-bandar utama seperti Alor Setar, Kubang Pasu dan Kuala Kedah jadi terpaksa menggunakan kawasan sawah padi bagi pembinaan rumah.

“Jadi kerajaan negeri menyusun perancangan supaya krisis penyusutan kawasan sawah padi yang sekiranya tiada kawalan boleh mengancam pengeluaran beras yang menjadi sumber makanan ruji penduduk di negara ini.

“Antara langkah besar kerajaan yang terkini bermula dari tahun 2021. Kita telah memperkenalkan pelbagai skim projek yang boleh meningkatkan pengeluaran hasil padi seperti Program Model Pengurusan Estet Padi (EMM) 2.0," ujarnya lagi.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan