Header Ads

test

INFINEON ANTARA PELABUR TERBESAR KEDAH SUKU PERTAMA 2022


KULIM – “Dalam tempoh 15 tahun, Infineon Technologies telah melaburkan sebanyak RM9.5 bilion di Malaysia dan memilih Kulim untuk mengembangkan industrinya dengan pelaburan berjumlah RM8 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang.”

Menteri Besar, YAB Dato Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Perletakan Batu Asas Kilang Infineon di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) di sini hari ini.

Tahap kemajuan yang dibawa oleh Infineon ini menurut beliau merupakan suatu yang di luar imaginasi dan memenuhi keperluan teknologi bagi penjimatan tenaga seiring cabaran yang lebih mencabar kepada generasi yang akan datang.

Muhammad Sanusi berkata perkembangan ini baik untuk Kedah dalam menerajui teknologi baharu di Kulim serta menyediakan peluang pekerjaan yang lebih besar buat rakyat.

“Kehadiran Infineon di Kedah bukan sahaja membuka pintu untuk menambahkan peluang pekerjaan dengan lebih banyak, tetapi masyarakat sekeliling juga akan mendapat manfaat daripada komuniti dan inisiatif yang mampan ini,” ujar beliau.

Katanya kerajaan komited untuk memberikan sokongan sepenuhnya kepada Infineon dalam pertumbuhan berterusan di negeri Kedah dan Malaysia serta majlis perletakan batu asas ini merupakan sejarah penting buat Infineon di Kulim bagi membina kemudahan fab wafer yang ketiga di Kedah.

Jelasnya lagi, kerajaan negeri turut bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Invest Kedah dan pihak berkuasa tempatan untuk memastikan proses persediaan yang lancar untuk pelabur tempatan dan antarabangsa.

#MediaMBKedah
#UrusSetiaPeneranganDarulAman


 

Tiada ulasan