Header Ads

test

TUMPU BERI WANG TUNAI, ELAK LAMBAKAN BARANG SUMBANGAN



BALING - Sumbangan tunai untuk mangsa banjir di Baling amat diperlukan berbanding barang keperluan, ujar ADUN Bayu, YB Abd Nasir Idris.


Katanya, di peringkat mereka bukan menolak sebarang sumbangan bahkan mengalu-alukan sebarang bantuan akan tetapi lebih mudah jika diberi secara tunai.


"Suka saya sebutkan di sini untuk saudara-saudara budiman kita. Kalau nak datang bantu Alhamdulillah saya ucapkan terima kasih.

Apa yang lebih di sini kami perlukan adalah wang tunai. 


"Jika kita tengok barang di sini dah banyak. Jadi kita perlukan wang untuk beli barang keperluan lain seperti perabot, tikar getah dan sebagainya barangan yang jarang orang beri. Kita tidak boleh nak halang jika orang nak bagi, tetapi jika bentuk tunai lagi mudah diuruskan," ujarnya ketika ditemui di Kompleks Pas Baling, di sini, hari ini.


Katanya lagi, untuk membangunkan semula rumah yang musnah ini bukan semudah yang disangka dan memerlukan peruntukan yang banyak.


"Wang tunai ini dapatkan kita salurkan untuk bina kediaman mangsa banjir yang musnah, rosak dan sebagainya. Kita juga boleh bantu keluarga yang terjejas teruk dalam banjir ini dalam bentuk tunai dan mereka boleh gunakan membeli mengikut keperluan yang mereka perlu," ujarnya lagi.


Jelasnya lagi, setakat ini belum ada isu lambakan barangan sumbangan tetapi tidak mustahil akan berlaku jika terlalu banyak barangan yang sama diberikan.


"Diperingkat kita tidak mahu penerima terasa terbeban dengan barangan yang sama diterima. Memang kita ketahui, banyak tempat seperti pejabat daerah, NGO, perseorangan yang datang sendiri beri sumbangan. Sumbangan itu pasti barang kebiasaan yang diberikan," tambahnya lagi.


"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"


#UPDA

#UrusSetiaPeneranganDarulAman

Tiada ulasan