Header Ads

test

JANGAN JADI PELANCONG DI TEMPAT BENCANA






BALING - ADUN Kuala Ketil, YB Mejar Mansor Zakaria mengingatkan orang ramai  tidak mengambil kesempatan mengambil gambar di tempat bencana tanpa melakukan sebarang tugas di tempat kejadian.


Katanya, di pihak operasi tidak menghalang bagi sesiapa untuk hadir tetapi kami mendapati ada segelintir orang awam yang bersikap sedemikian. 


"Jadi kita harap sukarelawan yang hadir, datang lah dengan niat yang ikhlas untuk membantu, bawa segala peralatan yang secukupnya untuk membantu. Dan kita nak mereka datang dengan selamat balik dengan selamat.


"Jangan jadi hero. Saya duk nasihatkan kepada mereka. Tempat yang tak boleh buat jangan buat. Keselamatan perlu diutamakan.


"Setengah orang datang sebagai pelancong. Kita tak mau macam tu. Pegang cangkul, tapi tak kotor. Ambil gambaq lebih. Kita nak hadir daftar dan kita bagi tugas. Lepas tu mai hantar laporan. Supaya kita boleh update data hari ini, untuk kegunaan esok," ujarnya ketika ditemui di Kompleks Pas Baling, semalam.


Katanya lagi, berkenaan dengan bantuan kepada mangsa banjir tiada istilah memilih kasih ketika memberikan sumbangan seperti mana yang didakwa sesetangah pihak. 


"Istilah bantuan hanya dapat di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan bagi mangsa yang berada di rumah tidak dapat kemungkinan berlaku disebabkan prosuder kerajaan semua mangsa yang mendaftar di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) atau PPS mereka adalah orang yang layak dapat bantuan.


"Di peringkat kami, kami edar ke semua mangsa tidak kita di pps atau di rumah. Kita akan turun ke setiap rumah mangsa. Jadi bagi mangsa yang masih belum membuat laporan perlu buat laporan terlebih dahulu. 


"Bagi kita, sapa yang terkena musibah, dia layak terima bantuan," jelasnya lagi. 

Tiada ulasan