Header Ads

test

KELANTAN, TERENGGANU SUMBANG RM50 RIBU BANTUAN BANJIR DI KEDAH

 


BALING - Kerajaan Negeri Terengganu dan Kelantan menyumbang RM50,000 kepada Kerajaan Negeri Kedah sebagai tanda solidariti membantu mangsa bencana banjir yang melanda Daerah Baling.


Menurut Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pemberian ini sebagai tanda keprihatinan dan kebersamaan terhadap kerajaan negeri Kedah. 


Katanya, kerajaan negeri Terengganu juga akan menghantar skuad sukarelawan bagi membantu operasi pembersihan di tempat bencana. 


"Kerajaan Negeri Terengganu turut berdukacita dengan situasi banjir yang berlaku di Baling, Kedah yang menyebabkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa beberapa hari lepas.


"Takziah saya ucapkan kepada ahli keluarga mangsa, semoga mereka yang telah pergi menghadap Ilahi ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman," ujarnya dalam kenyataan semalam. 


Tambahnya lagi, sumbangan keperluan mangsa banjir bernilai RM50 ribu yang dibawa oleh 20 pacuan empat roda turut diberikan. 


Menurut Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri merakamkan ucapan takziah kepada mangsa bencana banjir di Kedah yang menyebabkan kehilangan jiwa dan kemusnahan harta benda.


"Semoga usaha-usaha pasukan keselamatan dan sukarelawan dipermudahkan oleh ALLAH SWT bagi melancarkan operasi pemulihan pasca bencana," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.


"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"


#UPDA

#UrusSetiaPeneranganDarulAman

Tiada ulasan