Header Ads

test

KEDAH LAHIRKAN KAKITANGAN CINTAKAN ILMU



KUALA KETIL – Pejabat Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia melaksanakan program Bicara Nur ‘Ala Nur berkonsepkan aktiviti mingguan bagi agensi, kakitangan kerajaan dan 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia, YB Brigedier Jeneral Dato’ Haji Najmi Haji Ahmad berkata, program ini mensasarkan para kakitangan bagi memberi peluang mereka menuntut ilmu supaya dapat melahirkan para pekerja yang unggul berkonsepkan Cordoba of Kedah (Cok).

“Antara konsep Cordoba of Kedah yang diketengahkan melalui Program Bicara Nur ‘Ala Nur adalah bersifat menghubung dan membudayakan wacana keilmuwan dalam kalangan para pemimpin dan kakitangan awam.

“Dengan itu Program Bicara Nur ‘Ala Nur ini diluncurkan sebagai sebahagian daripada usaha kecil melahirkan para pemimpin tempatan dan kakitangan awam yang membudaya ilmu dalam kehidupan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Bicara Nur ‘Ala Nur yang berlangsung di Dewan Eksprimental, Universiti Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (UniSHAMS), di sini, hari ini.

Katanya lagi, program ini merupakan kesinambungan daripada program yang telah dilaksanakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

“Cuma untuk edisi kedua ini kita membawa beberapa kelainan antaranya supaya ditampilkan pengisian wadah penyampaian ilmu secara lebih dekad kepada para pemimpin dan kakitangan awam negeri ini.

"Program ini akan ditekankan berkaitan ilmu Usul Fiqh dan Maqasid Syariah dalam alam pekerjaan bagi memastikan setiap kakitangan kerajaan dapat meningkatkatkan mutu pekerjaan” tambahnya lagi.

Turut hadir, Pegawai Khas Agama Menteri Besar, Syeikh Yusof Haji Ahmad; ADUN Sungai Limau, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samad; ADUN Kuala Ketil, YB Mejar Mansor Zakaria; ADUN Ayer Hitam, YB Azhar Ibrahim, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniSHAMS, Dr Rohani Desa dan wakil jabatan serta warga kerja UniSHAMS.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan