Header Ads

test

ADIK AMMARA HIDAP KANSER MENINGGAL DUNIA


POKOK SENA – Nur Ammara Summayah atau lebih dikenali sebagai adik Ammara yang menghidap ketumbuhan tahap empat disahkan meninggal dunia pada 12 Julai, raya ketiga Aidil Adha.


Ammara yang baharu berusia empat tahun menderita kanser yang menyebabkan dia tidak boleh berjalan dan mengalami perut kembung.


Ibunya, Zulfikah Azman, 26 berkata, beliau redho dengan pemergian anak mereka kerana tidak tahan melihat Ammara menahan sakit yang dialami.


"Bila hati ibu sayu dan sedih sangat melihat anak yang menanggung peritnya sakit, menyebabkan ibu ini redho dengan pemergiannya walau hati sebenarnya sangat sayang,” ujarnya ketika ditemui akbar, semalam.


Di Kesempatan itu, ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood mengucapkan takziah kepada keluarga arwah dan akan menyerahkan sumbangan khairat kematian di Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bukit Lada, hari ini.


“Saya mengucapkan ucapan takziah kepada keluarga arwah. Sesungguhnya, anak kecil ini sedang menunggu ibu dan ayahnya di pintu syurga,” katanya.

Tiada ulasan