Header Ads

test

KEMALANGAN KETIKA PULANG SEKOLAH


POKOK SENA – Seorang mangsa kemalangan pada 27 Jun 2022,  mendapat perhatian ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood.


Mangsa, Abdul Muhaimin Abdul Razak, 22 merupakan seorang Hafiz Qur’an, baru sahaja menerima keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan sedang mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  tahun ini di Madrasah Taklimiah Tok Keling.


Difahamkan, kejadian kemalangan di Tualang itu berlaku ketika beliau pulang dari persekolahan. 


Prihatin dengan nasib yang menimpa beliau, YB Ustaz Salim hadir menziarahi mangsa di kediamannya di Kampung Bukit Mukim Derang, semalam.


Kunjungan ziarah ini bagi memberikan sumbangan katil hospital untuk memudahkan urusan harian beliau.


Semasa ziarah, beliau baru sahaja pulang daripada hospital Sultanah Bahiyah untuk pembedahan dan pemasangan besi di kaki dan tangan.

Tiada ulasan