Header Ads

test

MANGSA BANJIR DI SIK TERIMA BANTUAN



SIK – Seramai 257 keluarga di Daerah Sik yang terjejas akibat banjir kilat, baru-baru ini menerima sumbangan daripada Pusat Khidmat Wakil Rakyat Ahli Parlimen Sik (PUSRASIK).


Sumbangan berupa wang tunai dan pek makanan itu disampaikan oleh Ahli Parlimen Sik, YB Ahmad Tarmizi Sulaiman.


Katanya, bantuan ini melibatkan Kampung Belantik Dalam dan Belantik Luar seramai 66, Kampung Pinang dan Kampung Surau seramai 45 serta Kampung Landai dan Kampung Melaka seramai 44 keluarga.


Selain itu, seramai 106 mangsa banjir di empat kampung sekitar Chepir turut diberikan sumbangan.


“Saya berharap sumbangan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban penduduk yang diuji dengan musibah banjir ini.


“Kita akan beri bantuan kepada semua kampung yang terjejas secara berperingkat. Bantuan bagi kampung lain akan menyusul,” ujarnya.


"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan