Header Ads

test

MB KEDAH TIDAK MAHU TERLIBAT DENGAN 'BLAME GAME'


ALOR SETAR- Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor tegas mengatakan bahawa beliau tidak mahu terlibat dengan naratif 'blame game' yang dibawa oleh netizen.

“Saya tak mau terlibat dengan ‘blame game’, tak dak faedah apa pun.

“Pesalah lambat laun akan dihukum, jangan nak cepat sangat takut tersalah hukum,” ujar beliau dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kulim Smart Parking di sini, semalam.

Tambahnya, apa yang penting ketika ini adalah berusaha supaya nasib mangsa banjir dapat dibela dengan segera.

Terkini menurutnya, kerajaan Kedah telah meluluskan peruntukan RM57 ribu bagi setiap rumah yang akan dibina untuk mangsa banjir.

Dalam masa yang sama Menteri Besar turut memberi maklum balas berkenaan desakan netizen untuk mengatakan bahawa projek Musang King menjadi punca utama banjir di Baling.

Tegasnya, beliau tidak boleh berkata demikian sebelum mendengar laporan daripada jabatan dan agensi yang ada kepakaran khusus dalam bidang berkaitan.

Muhammad Sanusi turut memaklumkan bahawa beliau telah menghubungi Jabatan Perhutanan Negeri dan akan diadakan lawatan bersama perhutanan serta agensi-agensi teknikal lain ke Gunung Inas selepas selesai sidang DUN pada 18 Julai ini.


Tiada ulasan