Header Ads

test

KERAJAAN NEGERI KEDAH BANTU SEDIAKAN PENEMPATAN SEMENTARA BUAT MANGSA BANJIR BALING


BALING – Kerajaan negeri bersetuju untuk menyediakan penempatan sementara kepada sembilan pemilik buah rumah yang dihanyutkan banjir kepala air di Kampung Iboi, Kupang yang berlaku semalam.

“Kalau tapak yang lebih selamat tak dak lagi kita kena tunggu. Kita bimbang kalau dirikan rumah di tapak asal limpahan berlaku lebih banyak disebabkan kawasan sungai yang cetek,” ujar Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor dalam sidang media selepas melawati tapak banjir.

Menurut Menteri Besar, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Kedah mengesahkan bahawa bencana banjir kepala air ini melibatkan 12 kampung, jumlah mangsa terlibat adalah 627 dan tiga orang mangsa didapati maut.

Pihak Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) mengesahkan bahawa ketiga-tiga mayat mangsa ditemui kira-kira 100 meter berhampiran tapak rumah mereka yang dihanyutkan oleh air banjir.

Mangsa Nurul Anis Abu Hassan, 28 yang hamil empat bulan ditemui dalam keadaan berpelukan bersama ibu mentuanya Salmah Mat Akib, 53 dan Khairul Ikhwan Nor Azman, 14 kesemua ditemui di bawah timbunan batang pokok yang dihanyutkan arus deras.

“Pihak JBPM Kedah mengesahkan setakat ini tidak ada lagi laporan kehilangan saudara mara dan kenalan di semua kampung yang terlibat,” ujar Sanusi.



 

Tiada ulasan