Header Ads

test

100 PELAJAR TERPERANGKAP BANJIR KILAT

 



BALING – Jabatan Amal Malaysia Kawasan Baling berjaya menyelamatkan hampir 100 pelajar Yayasan Khairiah yang terperangkap selepas sekolah dilanda banjir kilat akibat hujan lebat selama tiga jam, pada Isnin.


ADUN Kuala Ketil, YB Mejar Mansor Zakaria berkata, terdapat 10 pelajar yang terpaksa memanjat ke atas bumbung kantin bagi menyelamatkan diri akibat banjir yang datang secara mengejut dan terlalu deras.


Katanya, 444 pelajar perempuan selamat berada di tingkat tiga asrama dan 494 pelajar lelaki berada di kawasan atas yang tidak ditenggelami air.


Katanya, kesemua mangsa terlibat berjaya diselamatkan pada jam 11 malam dan diarahkan berada di kawasan masjid sekolah yang tidak ditenggelami air.


“Pelajar perempuan semua selamat berada di tingkat tiga asrama. Terima kasih diucapkan kepada semua Jabatan Bomba, Jabatan Amal daripada semua kawasan yang turun membantu,” ujarnya.


“Terima kasih diucapkan kepada semua Jabatan Bomba, Jabatan Amal daripada semua kawasan yang turun membantu,” ujarnya.


Menurut maklumat terkini, banjir di sekolah tersebut telah surut dan semua kawasan rosak teruk dalam keadaan berlumpur.


Bagi yang ingin memberi sumbangan boleh terus ke akaun pertubuhan di bawah kendalian sekolah Yayasan Haji Yahya Taha  (Bank Islam) 02048010055048.

Tiada ulasan