Header Ads

test

KERAJAAN NEGERI LANCAR 'KEDAH CARE', TABUNG BENCANA BANJIR BALING


BALING – Kerajaan negeri Kedah melancarkan tabung bencana ‘Kedah Care’ untuk menyelaraskan kutipan sumbangan dana bagi mangsa-mangsa banjir di Baling.


Menurut Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, inisiatif ini diambil bagi memastikan segala sumbangan sampai kepada mangsa-mangsa banjir dengan lebih sistematik.


“Kita tak mau ada orang ambil kesempatan kutip derma tapi tak tau sumbangan pi mana,” ujar Sanusi ketika ditemu bual oleh pihak media selepas melawati kawasan banjir.


Sumbangan boleh disalurkan melalui cek atas nama Bendahari Negeri Kedah Darul Aman, akaun CIMB Bank 8006426156 (Reference : Banjir Baling) atau layari portal https://kedahcare.kedah.gov.my/

Jelasnya lagi, sukarelawan-sukarelawan yang turun bagi misi membantu membersihkan kawasan banjir akan diselaraskan oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).


Bagi para sukarelawan dari dalam Kedah atau luar Kedah perlu melaporkan diri di PKOB Daerah Baling di talian 04-4701949.


#MediaMBKedah
#UrusSetiaPeneranganDarulAman


 

Tiada ulasan