Header Ads

test

KERAJAAN SALUR BANTUAN SEGERA BANTU MANGSA BANJIR


BALING – Kerajaan negeri Kedah mengambil langkah segera membantu mangsa-mangsa banjir kilat di daerah Baling, ujar Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Paduka Ammar Dato’ Shaikh Mahmood Naim.


Katanya, bantuan akan diuruskan oleh agensi-agensi kerajaan untuk disalurkan kepada mangsa bencana banjir.


Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri di Pejabat Daerah Baling, hari ini.


Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia, YB Brigedier Jeneral Dato’ Haji Najmi Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, YB Dato’ Halimaton Shadiaah Saad dan Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Mohd Zawawi Zakaria.


Dalam perkembangan yang sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Haji Idris Ahmad, mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff untuk segera menyelaras bantuan Musa'adah jabatan itu kepada mangsa banjir di Baling, Kedah.

Tiada ulasan