Header Ads

test

KITA SEDANG MENYUCIKAN DOSA LAMA


BALING - "Kerajaan kini sedang mensucikan dosa lama, kita tolonglah basuh supaya tuan-tuan boleh hidup selesa semula.”

Demikian dinyatakan Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ehsan Sewa Rumah di Pejabat Tanah dan Daerah Baling semalam.

Katanya, bencana yang melanda Baling baru-baru ini berlaku setelah belasan tahun tanah itu diganggu.

“Bagi sesuatu tindakan pasti ada kesannya. Jika tindakan itu baik, pasti kesannya baik. Jika kurang baik maka kesannya juga kurang baik, ujarnya.

Muhammad Sanusi berkata lagi, kerajaan negeri berusaha menyediakan rumah baharu kepada mangsa banjir yang kehilangan penempatan.

Jelasnya, kerajaan telah meluluskan kos untuk membina semula rumah kediaman berjumlah RM57 ribu bagi setiap buah rumah.

Terkini, setiap mangsa banjir menerima RM3,000 sebagai bayaran sewaan rumah dan utiliti selama enam bulan.

"Saya harap bantuan sewa ini dapat meringankan sedikit beban mangsa banjir," kata Sanusi.



 

Tiada ulasan