Header Ads

test

SILAT GAYUNG FATANI DAPAT SAMBUTAN HANGAT DI PERINGKAT SEKOLAH RENDAH


 

POKOK SENA – Seramai 80 pelajar Sekolah Kebangsaan Kampong Bukit menyertai Persatuan Silat Gayung Fatani. 


ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood Al Hafiz berkata, penyertaan itu terdiri di kalangan murid berumur 10 sehingga 12 tahun. 


Katanya, penyertaan ini amat digalakkan bagi membina jati diri generasi kini dalam membentuk keberanian untuk mempertahankan kebenaran dan mencegah kemungkaran. 


“Saya berharap persatuan silat Gayung Fatani ini dapat membentuk pelajar yang berani dan mempunyai jati diri Melayu Islam yang kukuh.


“Dalam masa yang sama ia menjadi nadi utama dalam menyematkan semangat cintakan budaya dan sejarah bangsa Melayu,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Gelanggang Silat Gayung Fatani di Sekolah Kebangsaan Kampong Bukit, Khamis lalu.


Harapan beliau supaya persatuan silat ini dapat melahirkan generasi dengan bahasa yang luhur dan nilai-nilai yang murni, serta menjadi medan murid-murid bagi mencapai  tahap tertinggi dalam kegiatan kokurikulum.


Ustaz Salim turut mengambil kesempatan mempersembahkan pertunjukkan silat dan setelah itu menyampaikan sumbangan berupa wang ringgit kepada pihak sekolah.

Tiada ulasan