Header Ads

test

PEMBIAYAAN INSURANS KENDERAAN KELUARGA MALAYSIA MUDAHKAN URUSAN PEKERJA AWAM, SWASTA

PUTRAJAYA - 1.6 juta penjawat awam bakal menikmati kemudahan Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia tanpa faedah.


Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Ismail Sabri memaklumkan perkara tersebut ketika Majlis Pelancaran Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia semalam di Hotel Marriot, Putrajaya.


Kemudahan pembiayaan insurans ini dicetuskan hasil kerjasama Kementerian Sumber Manusia melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bersama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) dan A Tech Insure Sdn. Bhd.


"Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia, myezycover.com ini akan memanfaatkan kira-kira 1.6 juta penjawat awam. Pembiayaan ini berlandaskan konsep patuh syariah," ujar beliau.


Menurut Perdana Menteri, antara ciri lain program ini adalah tiada sebarang bayaran pendahuluan dan bayaran balik pembiayaan secara ansuran sehingga 10 bulan melalui Skim Potongan Gaji ANGKASA (SPGA).


Tambah beliau, program ini akan diperluas agar lebih ramai pekerja di sektor swasta dapat menikmati kemudahan ini.


"Kerajaan bersetuju agar program ini turut diperluaskan kepada kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC)," maklum YAB Dato' Sri Ismail.


Turut hadir, Ketua Eksekutif PERKESO, Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Dato’ Aziz Mohammed, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr Abdul Fatah Haji Abdullah, Pengerusi A Tech Insure Sdn. Bhd., Tan Sri Abu Kassim bin Mohamed.

Tiada ulasan