Header Ads

test

200 PENIAGA DAFTAR PERKESO



CHANGLUN - Seramai 200 peniaga mendaftar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di DUN Bukit Kayu Hitam.


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Halimaton Shaadiah Saad berkata, caruman perkeso ini merupakan satu bantuan perubatan dan kewangan kepada pekerja yang mengalami kekurangan keupayaan atau tidak berupaya disebabkan oleh penyakit atau kemalangan.


“Saya mengharapkan ramai peniaga di luar sana buka mata untuk mendaftar perkeso ini supaya dapat memberi manfaat ketika berlaku sebarang kemungkinan yang tidak diingini,” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika Program Jelajah Perkeso Prihatin anjuran Pusat Khidmat DUN Bukit Kayu Hitam bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Persatuan Penjaja Changlun.


Hadir sama, Pegawai Daerah Kubang Pasu, Dato’ Haji Muhamad Aruf Haji Darus.


Tiada ulasan