Header Ads

test

SEMARAKKAN HARI KEBANGSAAN DENGAN JALUR GEMILANG



SUNGAI PETANI - Orang ramai diseru untuk memainkan peranan dalam menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dengan mewarnai suasana dan persekitaran, ujar Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, YB Ustaz Ahmad Fadzli Hashim.


Katanya, semangat ini perlu ditonjolkan bagi mencerminkan rasa cintakan tanah air.


“Semua anggota masyarakat perlu memaikan peranan mewarnai suasana dan persekitaran sempena sambutan Hari Kebangsaan ini.


“Memasang Jalur Gemilang di rumah dan premis perniagaan atau kerajaan merupakan cara yang mudah bagi menyemai semangat cintakan negara dalam kalangan generasi muda,”ujar beliau.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia 2022 Peringkat Negeri Kedah bertempat di Dataran Niaga Tikam Batu, DUN Pantai Merdeka, pada Jumaat lalu.


Dalam Perasmian itu, beliau yang juga merupakan ADUN Pantai Merdeka  turut menyempurnakan upacara penyerahan baton Jalur Gemilang Konvoi Merdeka Keluarga Malaysia 2022 Peringkat Negeri Kedah daripada Pulau Pinang. 


Kembara Merdeka Keluarga Malaysia 2022 merupakan konvoi perarakan yang membawa Baton Jalur Gemilang dan diserahkan di setiap 'checkpoint' negeri seluruh Malaysia. Kedah merupakan negeri kelima yang akan berarak membawa baton tersebut selepas Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Pulau Pinang.


Katanya, konvoi ini disertai kira-kira 35 kenderaan yang terdiri daripada kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penerangan (JaPen), Radio Televisyen Malaysia (RTM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), FINAS, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Pos Malaysia serta Kelab Motor K16.


“Konvoi akan berarak menjelajah 7 daerah di Negeri Kedah bermula dari Kuala Muda, Yan, Kota Setar, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling sebelum menyerahkan baton tersebut kepada Konvoi Keluarga Malaysia (KKM) Negeri Perak pada 7 Ogos ini,” jelasnya lagi.


Hadir sama, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kedah merangkap Ketua Kembara Merdeka Keluarga Malaysia Negeri Kedah, Nasrudin Mahmud; Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Pulau Pinang, Dr Hanif Hassan; Penolong Pengarah Cawangan Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kedah, Aidatul Shima Che Hassan; Chef Dimision Kelab K16 Malaysia, Dato’ Seri Haji Dr Samsul; Pengurus Besar Pos Negeri Kedah, Yushaini Yusuf; Wakil Ibu Pejabat kontigen Negeri Kedah, Sarjan Mejer Jamal Said dan Sarjan Mejer Abu Saidi Ismail; Pegawai Penerangan Dearah Kuala Muda, Jamil Zainul, Penghulu-penghulu Mukim dan Ahli Jawatankuasa Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Pantai Merdeka.

Tiada ulasan