Header Ads

test

WARGA EMAS SELAMAT, POKOK HEMPAP RUMAH


POKOK SENA - Sebatang pokok di belakang rumah warga emas tumbang ketika kejadian angin kuat, petang kemarin di Kampung Teluk, di sini.
Kejadian itu menyebabkan Majid Abdullah, 70 terkejut dan takut akan angin kuat melanda itu.
“Ketika kejadian saya berasa sangat takut dan risau, mana tidaknya angin petang kemarin sangat kuat, habis terangkat-angkat atap rumah saya”.
“Saya sangat tak sangka pokok tersebut akan tumbang kerana kalau dilihat dari mata pokok tersebut dilihat masih kukuh dan kemas,” katanya.
Katanya, walaupun rumah anaknya tidak jauh dari kediamannya, namun beliau lebih selesa duduk sendirian di rumahnya.
Kejadian ini mendapat perhatian ADUN Bukit Pinang, YB Dato' Romani Wan Salin.
Sebaik sahaja mendapat perkhabaran tersebut, beliau meminta Pegawai Khas, Mohd Firdaus Salleh turun bertemu mangsa dan menyampaikan bantuan awal bagi meringankan beban mangsa.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan