Header Ads

test

31 PENDUDUK DUN AYER HITAM TERIMA BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN


AYER HITAM - Seramai 31 penduduk hadir ke ke pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam, Pida 5 untuk menerima sumbangan khairat kematian, semalam.


Sumbangan berupa wang tunai RM500 ini disampaikan oleh ADUN Ayer Hitam, YB Azhar Ibrahim.


"Saya mengucapkan takziah kepada semua yang hadir, yang kematian ibu bapa, abang, kakak, atau adik. Semoga mereka ditempatkan bersama-sama orang yang beramal soleh dan kita pon akan kesana juga. Semoga kita juga dapat bersama-sama mereka hidup bahagia di akhirat yang selamanya,” ujarnya.


Katanya, bantuan khairat kematian ini merupakan inisiatif daripada Kerajaan Negeri Kedah bagi meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh waris arwah.


Dalam perkembangan yang sama, beliau turut memberikan penerangan panjang berkaitan dengan permasalahan air dan jalan yang berlaku di kawasan Ayer Hitam.


"Alhamdulillah, banyak jalan kampung yang kita dah turap semula. Insya Allah, semua jalan kampung Ayer Hitam akan merelit dalam setahun dua lagi tapi boleh merelit sat ja la. Mai mesin padi, trekta atau kenderaan berat hilang merelit tu,” seloroh beliau.

Tiada ulasan