Header Ads

test

ADUN PANTAI MERDEKA RAI 48 PELAJAR CEMERLANG SPM 2021


SUNGAI PETANI - Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Pantai Merdeka meraikan kejayaan pelajar-pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).


Seramai 48 pelajar dan waris dijemput menghadiri Majlis Apresiasi Pelajar-Pelajar Cemerlang SPM 2021 peringkat DUN Pantai Merdeka bertempat di Pantai Merdeka Resort, semalam.


ADUN Pantai Merdeka, YB Ustaz Ahmad Fadzli Hashim berkata, pelajar-pelajar cemerlang ini terdiri daripada tujuh sekolah menengah yang terletak di dalam DUN Pantai Merdeka.


"Anak-anak pelajar merupakan aset dan harapan besar ustaz bagi memastikan agenda besar untuk mewujudkan masyarakat berpendidikan tinggi, berbudi pekerti mulia dan tidak lupa asal usul serta sentiasa bersyukur dengan nikmat ibu bapa yang bertanggungjawab dan para guru yang berdedikasi,” ujarnya ketika ucapan perasmian.


Katanya lagi, tujuan majlis ini bagi meningkatkan lagi motivasi para pelajar untuk terus bersemangat mencipta kecemerlangan di dunia dan akhirat serta berjaya ke peringkat yang lebih tinggi pada masa yang akan datang.


Hadir sama, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan, Mokhtar Mansor, Pengetua Maktab Mahmud Kota Kuala Muda selaku penganjur, Ustazah Rosmizi Ahmad dan Ahli Jawatankuasa Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Pantai Merdeka.

Tiada ulasan