ORANG KURANG UPAYA HAMPIR MAUT POKOK TIMPA RUMAH
POKOK SENA - Seorang lelaki kurang upaya nyaris maut apabila rumah yang didiami dihempap sepohon pokok di Kampung Padang, Hutan Kampung, hari ini.
Menurut Wahab Ismail, ketika kejadian dia berada di rumah dan dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan susulan kejadian itu.
“Tergerak hati saya untuk beralih tempat duduk dari meja makan ke tingkap dapur, ketika itu saya melihat sendiri pokok kelapa di belakang rumah saya tumbang menimpa rumah saya dan jatuh tepat ke tempat duduk saya tadi.
“Prap…prap…. Batang pokok tu tumbang depan mata saya dan jatuh menimpa bumbung rumah saya, betul-betul jatuh di tempat duduk saya tadi”, begitulah detik-detik cemas yang dia ceritakan.
Katanya, kekangan dirinya sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) agak sukar untuk menebang pokok kelapa di belakang rumahnya itu sendiri.
“Hasrat nak tebang pokok ini dah lama. Akhirnya ia tumbang dan merosakkan hampir keseluruhan bumbung rumah saya,” ujarnya ketika ditemui.
Sebaik sahaja mendapat perkhabaran duka ini, ADUN Bukit Pinang, YB Dato’ Romani Wan Salin terus meminta Pegawai Khas, Mohd Firdaus Salleh membuat lawatan awal dan menghulurkan sumbangan kepada mangsa.
Kejadian ini juga telah mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Pokok Sena bagi membantu baik pulih bumbung rumah mangsa.
Post a Comment