Header Ads

test

35 PENDUDUK FELCRA TERIMA GERAN TANAH

 


LANGKAWI - Setelah empat dekad penantian, kini 35 penduduk Felcra Pantai Kok berjaya memiliki geran tanah sendiri.

Menurut Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor sejak awal beliau dilantik mentadbir negeri Kedah sasarannya ialah untuk memastikan semua penempatan khususnya penduduk asal Langkawi yang belum mempunyai geran akan diberikan surat hak milik.

“Tak patut sangat orang asal tanah duduk menumpang atas tanah orang lain, semua orang Langkawi patut ada tanah milik mereka sendiri,” ujar beliau dalam Majlis Penyerahan Hak Milik Tanah Oleh YAB Menteri Besar Kedah Kepada Peserta Felcra Pantai Kok, di sini hari ini.

Tambah beliau, dahulu tanah dijadikan modal politik oleh para pemimpin yang tidak bertanggungjawab.

Tegasnya, zaman ini rakyat perlu berani menyuarakan hak dengan berterus terang untuk memastikan semua orang mendapat hak masing-masing dan tidak ada yang boleh mengambil haknya.

Muhammad Sanusi turut menjelaskan terdahulu kerajaan telah menjanjikan dalam sidang DUN yang lalu untuk menyegerakan proses berkaitan tanah dengan memastikan setiap pegawai mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) iaitu menyelesaikan 10 fail tanah dalam tempoh sebulan.

Beliau berharap agar tanah-tanah penduduk Langkawi ini dipelihara dengan baik untuk anak cucu akan datang.

“Kedah ini tempat orang miskin berteduh, tempat orang kaya menabur bakti. Inilah kerja yang sedang kita buat,” kata Sanusi.


Tiada ulasan