Header Ads

test

PERAGAKAN PAKAIAN TRADISIONAL ZAHIR SEMANGAT PATRIOTISME

AYER HITAM - Memperagakan pakaian tradisional umpama persalinan pejuang zaman dahulu adalah salah satu cara untuk menzahirkan rasa cintakan negara sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-65.


ADUN Ayer Hitam, YB Azhar Ibrahim berkata, apabila mengenakan pakaian tradisional ia meniupkan 

semangat patriotisme ke dalam diri dan orang ramai.


"Pagi ini saya rasa seronok sebab bila saya sampai tadi, cikgu meletakkan tengkolok di atas kepala saya. Maka, datang balik semangat kemelayuan yang ada dalam diri kita sekarang ni. 


“Pakaian walaupun nampak macam tak dak apa-apa, tapi sebenarnya ia memberi kesan yang besar pada nilai ataupun diri kita. Apabila kita mengenakan pakaian atau busana Melayu seperti ini, melambang bahwa kita ada satu perasaan bangga dengan budaya dan identiti kita selama ini.


“Mudah-mudahan ini bukan lah sebagai satu peragaan semata-mata, tetapi kita nilaikan ia sebagai satu pakaian atau budaya yang perlu kita pertahankan dari semasa ke semasa,” ujar ketika merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan di Sekolah Kebangsaan Padang Perahu, hari ini.


Beliau menyeru kepada pelajar dan para guru untuk sentiasa memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan pada bulan ini di sekolah dengan memasang bendera dan mengadakan aktiviti yang menjurus kepada semangat kemerdekaan.


“Semoga apa yang dilakukan oleh pihak sekolah ini dapat dicontohi dan diikuti oleh sekolah lain supaya anak-anak pelajar dapat belajar untuk bersyukur dan lebih kenal dengan budaya asal orang melayu kita,” ujarnya lagi.


Turut hadir, Ketua Biro Agama & Perpaduan Kaum Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam, Haji Rahim Md Jusoh.

Tiada ulasan