Header Ads

test

ADUN BUKIT LADA SERAH KELENGKAPAN SURAU



POKOK SENA - Pemohonan tiga surau kepada Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bukit Lada untuk menyediakan sistem siar raya dan pembesar suara diluluskan.


ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood berkata, beliau bersama kakitangan PKWR telah menyerahkan kelengkapan surau itu, hari ini.


“Tiga surau tersebut ialah Surau Kampung Macang Kudung, Kampung Lubuk Keriang dan Surau Kampung Menerong.

 

"Saya mengharapkan, surau-surau ini dapat kembali memeriahkan dengan majlis ilmu dan pengajian agama yang boleh mendekatkan warga DUN Bukit Lada kepada Allah SWT,” ujarnya.


Tambahnya lagi, jika ada permintaan atau permohonan dari mana-mana pihak boleh hubungi PKWR DUN Bukit Lada atau hadir ke pejabat.


Hadir sama, Pengarah Pusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN Bukit Lada, Haji Radhi Mat Din.

Tiada ulasan