Header Ads

test

KOMITMEN KERAJAAN SELESAI ISU PEMILIKAN TANAH GEMBIRAKAN PENDUDUK



BUKIT BESAR - Tiada yang lebih menggembirakan bagi penduduk Bukit Besar, di sini, selain menerima khabar permohonan pemilikan tanah bakal diluluskan oleh pihak kerajaan.


Tanah Bukit Besar ini telah diduduki penduduk lebih dari 40 tahun lalu. Hampir 60 penduduk berkeluarga yang menduduki kawasan ini.


Menurut ADUN Sungai Limau, YB Mohd Azam Abd Samat, permohonan ini telah dilaksanakan ketika zaman pentadbiran Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada tahun 2010.


Malangnya, permohonan ini terhenti apabila peralihan kerajaan berlaku pada tahun 2013.


“Rumah adalah keperluan hidup tapi kalau rumah yang kita bina bukan atas tanah milik kita sudah tentu kita rasa kurang selamat juga. Alhamdulillah, kita harapkan proses permohonan tanah yang sedang diusahakan ini dipermudahkan Allah dan selesai dengan baik.


“Tuan-tuan doakanlah supaya proses permohonan ini Allah permudahkan dan diakan juga semoga Allah permudahkan segala urusan pegawai-pegawai yang nak uruskan. Kita harap usaha kita ini akan menjadikan amal soleh, mempermudahkan urusan sesama manusia dan semoga Allah permudahkan urusan kita di hari akhirat nanti,” ujarnya ketika  Taklimat Permohonan Tanah Kerajaan secara berkelompok di Bukit Besar, di sini, hari ini.


Beliau juga berkata, pihaknya Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Sungai Limau akan terus memantau dan membantu penduduk sebagai pemudahcara kepada pihak atasan.


Menurut Ketua Penolong Pegawai Daerah Yan (Bahagian tanah), Noorul Izzayti, apabila kelulusan telah diberikan permohonan hak pemilikan perlu dilakukan selepas tiga tahun.


“Apabila proses ini selesai nanti, tuan puan akan dapat kebenaran menduduki secara kebenaran sementara dan apabila syarat cukup selepas tiga tahun boleh buat permohonan pemilikan bergeran,” jelasnya.


#pemilikantanah

#UPDA

#UrusSetiaPeneranganDarulAman

Tiada ulasan