Header Ads

test

RAKYAT KEDAH DIBERI PENDEDAHAN HAK PENGGUNA



ALOR SETAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri Kedah memberi pendedahan kepada penduduk berkaitan hak pengguna menerusi Program Jelajah Kepenggunaan Negeri Kedah Tahun 2022.


Program jelajah ini melibatkan 36 DUN dan sasaran kehadiran lebih 10,000 pengunjung.


Teras utama program ini adalah menekankan pendidikan dan pengetahuan secara menyeluruh kepada masyarakat berkaitan peranan sebagai seorang pengguna.


Program ini juga bertujuan mempertingkatkan kesedaran, kepentingan pengetahuan kepenggunaan dan hak-hak pengguna kepada masyarakat sama ada di bandar mahu pun luar bandar di seluruh negeri Kedah.

 

Di dalam program ini pelbagai pengisian diatur seperti ceramah kepenggunaan, pameran, game kepenggunaan, ceramah kesihatan dan edaran risalah kepenggunaan.


Program ini berlangsung pada 7 Ogos sehingga 28 Ogos 2022 di setiap kawasan yang telah ditetapkan.


Pendaftaran boleh dibuat di KPDNHEP cawangan Baling, Langkawi, Sungai Petani, Kubang Pasu dan Alor Setar.

Tiada ulasan