Header Ads

test

GURU INSAN MULIA


SUNGAI PETANI - Guru merupakan insan yang mulia dan berjasa kerana mereka bertanggungjawab mendidik manusia bagi melahirkan generasi berakhlak dan mampu menggerakkan kemajuan negara pada masa ini.


“Tidak mungkin seorang doktor, peguam, jurutera, peniaga dan lain-lain berdiri sebagaimana diri mereka sekarang tanpa jasa seorang guru yang menjadi pendorong, pengajar, pendidik, pengasuh dan pencetus kejayaan,” ujar beliau dalam Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Sik Tahun 2022 bertempat di Hotel Park Avenue di sini hari ini.


Tambah beliau, tanggungjawab guru bukan sekadar menyampaikan ilmu malah berperanan untuk memastikan anak-anak mempunyai sahsiah yang baik serta daya saing yang tinggi.


Jelasnya lagi, ianya dapat dilaksanakan melalui penjiwaan dan penghayatan yang diterapkan secara semulajadi di sekolah.


“Saya percaya generasi yang terdidik dengan sepenuh penjiwaan bukan sahaja akan menjadi individu yang berilmu tetapi juga memiliki nilai sahsiah dan kemahiran yang tinggi dan seterusnya dapat menabur bakti dengan berkesan dalam masyarakat,” katanya.


Seorang pendidik menurut Sanusi, hendaklah mampu membantu generasi muda menghadapi perubahan semasa seperti cabaran ekonomi global, kemajuan teknologi yang pesat, penggunaan komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat tanpa sempadan.


Menteri Besar turut memberi nasihat kepada para ibu bapa agar perlu bersama-sama membulatkan tekad untuk bersungguh-sungguh membantu anak-anak dan tidak melepaskan tanggungjawab kepada guru semata-mata.


#MediaMBKedah
#UrusSetiaPeneranganDarulAman


 

Tiada ulasan