Header Ads

test

ANAK KEDAH CEMERLANG HARUM NAMA MALAYSIA






ALOR SETAR - Siapa kata anak Melayu malas dan ‘tidak mampu ke mana-mana’? Sebenarnya ramai sahaja yang mampu berjaya jika kena pada tempatnya. 


Kejayaan ini paling penting usaha sehabis baik dan ‘bonus’ jika dapat perhatian dan sokongan daripada ibu bapa dan kenalan. Kejayaan tidak datang bergolek, harus bergolak gadai baru menuai hasil dikemudian hari.


Itulah yang dibuktikan oleh seorang anak jati Kedah apabila meraih pencapaian cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum.


Nurul Ummi Muhammad Razak, 20, dari Merbok adalah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terpilih mewakili Malaysia dalam program Young Southeast Asian Leaders Initiative (YSEALI) yang bakal diadakan di East West Centre, Hawaii.


Anak ketiga daripada lima beradik itu telah menerima 12 anugerah di dalam dan luar Malaysia.


“Tip yang saya boleh kongsikan kepada semua anak muda di luar perlu kepada terima cabaran untuk bina diri menempak kejayaan. Kemudian, anak muda perlu berfikiran terbuka, jangan cetek dalam mencari ilmu.


“Kunci yang utama adalah doa ibu bapa. Ibu bapa saya sangat memberi sokongan dan sentiasa mendengar luahan anak-anak. Itu menyebabkan anak-anak mudah untuk berkongsi segala benda dengan ibu bapa, jadi senang untuk kami adik beradik untuk mendengar nasihat dan pandangan daripada ibu bapa kami,” ujarnya.


Ayahnya, Muhamamad Razak Naina Md, 56 bertugas sebagai pengaturcara di sebuah syarikat swasta dan ibu, Umi Kalsum Man, 56 guru di Sekolah Sultan Mudzaffar Shah, Bujang.


Menurut Muhammad, dia dan isteri merupakan pendorong terbesar di dalam kejayaan anak mereka.


“Perkara pertamanya, ibu bapa perlu melihat potensi dan kemampuan anak kita. Jika kita lihat anak boleh pergi ‘jauh’, kita terus sokong dan lorongkan apa yang dia minat. Jadikan potensi anak itu sebagai satu peluang untuk mencipta kejayaan.


“Tidak dinafikan cabaran untuk mendidik anak-anak di era 21 ini amat mencabar tambahan lagi kelima-lima anak saya adalah perempuan. Jadi saya dan isteri menggunakan kaedah ‘open minded’. Dengar segala celoteh anak-anak, jadi anak-anak tak rasa janggal nak kongsi dengan ibu bapa,” ujarnya pada pemberita di Wisma Darul Aman, hari ini.


Katanya lagi, kesan jika ibu bapa mempunyai jurang dengan anak-anak, mereka akan mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.

Tiada ulasan