Header Ads

test

PENGAKAP MEDIUM BENTUK SAHSIAH DIRI PELAJAR



KULIM – Aktiviti pengakap mampu membentuk jati diri pelajar dalam membina disiplin diri, ujar Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pembasmi Kemiskinan, YB Dato’ Ustazah Ashah Haji Ghazali.


Katanya, ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak menyertai pengakap supaya menjadikan pelajar agen pembangunan insan yang lebih berdikari dan komited.


"Harapan saya dan para pemimpin pengakap dalam daerah ini agar semua ahli pengakap yang terlibat dalam perkhemahan ini dapat mengaplikasikan sebaik mungkin ilmu yang telah dipelajari bagi melahirkan pelajar yang bersahsiah dan mempunyai jati diri sekaligus dapat meningkatkan prestasi akademik sekolah,” ujarnya.


Beliau berkata ketika Majlis Perasmian Penutupan Perkhemahan Pengakap di Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Malik, Kulim, semalam.


Katanya lagi, perkhemahan ini berlangsung selama dua hari satu malam itu adalah bertujuan untuk memperingati 100 tahun pengakap telah bertapak di Negeri Kedah iaitu dari tahun 1922 sehingga tahun 2022. 


“Pelbagai cabaran dan dugaan telah ditempuhi oleh para pemimpin dan ahli-ahli pengakap terdahulu sehingga kini untuk membawa kegemilangan kepada Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah. Semangat yang ditunjukkan ini dapat dijadikan satu wadah dan motivasi kepada semua untuk mencapai kejayaan,” ujarnya lagi.

Tiada ulasan