Header Ads

test

BERI JERSI SUNTIK SEMANGAT ANAK MUDA BERSUKAN


SUNGAI PETANI - Pemberian jersi kepada 20 pasukan bola sepak di sekitar DUN Pantai Merdeka mampu memberi suntikan semangat kepada golongan belia untuk terlibat dalam aktiviti tersebut.


ADUN Pantai Merdeka, YB Ustaz Ahmad Fadzli Hashim berkata, kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan terhadap apa sahaja program selagi tidak bercanggah syariat.


“Sumbangan jersi ini adalah tanda meraikan anak-anak muda yang aktif dalam sukan bola sepak.

Saya raikan para pemain ini adalah supaya menjadi duta yang berperanan memberi imej yang baik daripada melakukan perkara-pekara yang merugikan masa depan.


“Bakat yang boleh dicungkil adalah peluang yang perlu dilihat dan dipandang oleh masyarakat,” ujanya kepada media.


Beliau juga mengharapkan 400 anak muda yang terima jersi menjadi model dan tarikan kepada anak muda yang lain untuk turut bergiat di dalam arena sukan.


“Saya berharap, dengan usaha ini,kita dapat membantu pasukan bola sepak kedah untuk terus maju dan berjaya di bawah penglibatan pemain anak jati negeri Kedah,” ujarnya lagi.


"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan