Header Ads

test

SUKAN LASAK KIAN DAPAT SAMBUTAN

KUALA KETIL - Penganjuran acara 4x4 Ofroad Challenge berjaya menarik minat anak muda ceburi sukan lasak, ujar ADUN Kuala Ketil, YB Mejar Mansor Zakaria.


Katanya, sambutan sukan lasak sekarang ini makin hangat diterima biarpun sukan ini tidak begitu menonjal berbanding sukan lain. 


“Penganjuran ini selama tiga hari menyaksikan pelbagai aktiviti pertandingan serta keseronokan yang berlaku. Ada yang tenggelam dalam paya, ada yang terbakar dan ada juga yang di timpa pokok kelapa sawit. 


“Himpunan ini dah macam pesta, 64 peserta menyertai aktiviti ini. Ramai yang berminat disebabkan aktiviti sebegini jarang diadakan,” ujarnya.


Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang yang bermurah hati memberikan sumbangan kewangan bagi melancarkan program ini.


“Saya juga bersyukur kerjasama erat bersama ARS Sri Maju Sdn Bhd dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kuala Ketil yang bertungkus lumus  dan banyak sumbangkan tenaga bagi menjayakan program ini,” katanya.

Tiada ulasan