Header Ads

test

DUA RUMAH MUSNAH DIJILAT API


AYER HITAM - Penghuni dua buah rumah terselamat daripada bahaya apabila kediaman mereka terbakar habis dijilat api dalam kejadian di Kampung Daleh, Gurindam pada 17 Ogos, baru-baru ini.


Mangsa, Megat Mohd Hairi Ahmad, 34, berkata, ketika kejadia pada jam dua pagi beliau dan isteri berada di luar kawasan. 


“Ketika tiba di rumah, kami tengok semua dah hangus dijilat api. Kami tidak sempat selamatkan apa-apa. Namun, kami bersyukur nenek dan bapa saudara sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami apa-apa kecerderaan,” ujarnya ketika dihubungi.


Nasib beliau sekeluarga mendapat perhatian ADUN Ayer Hitam, YB Azhar Ibrahim.


Azhar hadir bersama pihak Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam hadir menyantuni dan menyampaikan sumbangan bagi meringankan mereka sekeluarga.


“Pihak kami juga turut membantu mangsa dengan menghubungi pihak-pihak yang berwajib untuk memastikan mangsa mendapat bantuan yang selayaknya.


“Semoga mangsa dan keluarga tetap kuat dan terus bersabar untuk menghadapi hari-hari yang mendatang,” ujarnya.


Hadir sama, Pengarah Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Ayer Hitam, Abdul Hadi Omar dan Bendahari PKWR DUN Ayer Hitam, Haji Abu Bakar.

Tiada ulasan