Header Ads

test

MB KEDAH RASMI MESIN MRI MILIK KMC BERNILAI RM4.6 JUTA


ALOR SETAR - Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor merasmikan sebuah mesin Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) terbaru dan termoden milik Kedah Medical Centre (KMC) bernilai kira-kira RM4.6 juta.

Menurut beliau mesin MRI ini merupakan mesin tercanggih yang berada di Malaysia untuk mengesan penyakit khususnya berkaitan dengan kanser payudara.

Jelasnya kelebihan pada mesin ini ialah mempunyai gambaran yang lebih jelas dan tahap sensitiviti yang tinggi untuk memudahkan para doktor mendiagnosis kanser.

Menteri Besar turut memaklumkan banyak cadangan daripada pihak luar untuk membina pusat-pusat pakar kesihatan di Kedah.

“Saya mengalu-alukan tapi saya percaya agak sukar kerana kos membangunkan hospital pakar agak tinggi,” jawab beliau sebelum menghadiri Mesyuarat bersama Lembaga Pengarah KMC di sini, hari ini.

Katanya, kini masih banyak klinik-klinik yang baharu telah dibuka.

Beliau berharap dengan meningkatnya bilangan hospital serta klinik kerajaan dan swasta akan saling melengkapi dalam memberi rawatan terbaik kepada masyarakat.


#MediaMBKedah
#UrusSetiaPeneranganDarulAman


 

Tiada ulasan