Header Ads

test

HARI BELIA: BERSAMA BANGUNKAN NEGARA

 


ALOR SETAR - Sambutan Hari Belia Negara merupakan pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan, komitmen, kecemerlangan dan daya usaha seluruh warga belia.


Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata, semua lapisan kepimpinan belia perlu memegang amanah dengan penuh kejujuran dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas masing-masing.


“Sebagai seorang yang baru sahaja melalui usia belia, saya memahami bahawa umur belia adalah peringkat usia yang penuh dengan pancaroba.

 

“Kalau kita tidak kuat menangani cabaran umur belia, kita akan mudah hanyut,” beliau berkata demikian ketika Merasmikan Penutupan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah Tahun 2022. 


Menurutnya, sebanyak 884 Persatuan Belia di seluruh negeri Kedah terlibat dalam persatuan-persatuan belia sedia ada.


Ianyaa bukan sahaja dapat menyemai nilai-nilai kepimpinan dan jati diri malah berupaya mengukuhkan kesatuan dalam kalangan para belia di seluruh negeri.


Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, ia dapat memantapkan persatuan dan menyemai nilai-nilai kepimpinan dan jati diri dan berupaya menaikkan semangat anak muda untuk terus menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.


“Pada peringkat usia ini, kita perlu dididik, dibimbing dan diasuh dengan perkara-perkara yang boleh membina kemantapan diri dan pada masa yang sama, menangkis anasir-anasir yang boleh merosakkan diri dan masa hadapan kita,”ujarnya. 


#MediaMBKedah 

#UrusSetiaPeneranganDarulAman

Tiada ulasan