Header Ads

test

KERAJAAN NEGERI SEDIA PELUANG PEKERJAAN KEPADA BELIA


ALOR SETAR- Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kedah untuk membantu para belia dalam mengurangkan kadar pengganguran.

“Sepanjang tiga hari, Hari Belia Negara dilaksanakan saya dimaklumkan sebanyak 20 syarikat telah di bawa oleh PERKESO negeri Kedah melalui program Y-Career dan My Future Jobs bagi membantu golongan belia negeri Kedah mendapatkan peluang pekerjaan melalui sesi temuduga secara terus,” ujar Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor ketika merasmikan Majlis Penutupan Sambutan Hari Belia Negara Peringat Negeri Kedah hari ini.

Mengikut statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Kedah sehingga Julai 2022 terdapat 12,147 kekosongan jawatan di negeri Kedah.

“Saya nasihatkan para belia untuk tidak terlalu memilih pekerjaan.

“Walaupun tidak setaraf dengan kelayakan, kita boleh menimba pengalaman dan kemahiran sehinggalah mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik. Yang penting kita cuba terima apa sahaja peluang yang ada,”katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Kerajaan Negeri Kedah juga menyediakan peluang pembelajaran dan bidang keusahawanan melalui sesi pembelajaran di Kolej KEDA yang menawarkan lapan kursus utama kemahiran teknologi untuk golongan belia lepasan sekolah dan kursus jangka pendek yang di buka kepada kelompok sasaran B40.

Di samping menyediakan peluang pembelajaran, kerajaan negeri juga menyediakan tabung khas untuk usahawan yang baru menceburkan diri dalam bidang keusahawanan iaitu melalui Skim Pinjaman Mikro Kredit yang disediakan oleh Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah (UPUK) yang bermula dari RM1,000 hingga RM50,000.


 

Tiada ulasan