Header Ads

test

KEDAH PENGELUAR MELAMINA TUNGGAL ASIA TENGGARA


GURUN- PETRONAS Chemicals Group (PCG) Berhad menjadi pengeluar melamin tunggal sekali gus meletakkan negeri Kedah dan Malaysia pada kedudukan yang lebih kukuh di rantau asia.

Menurut Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor projek ini penting dan amat membantu dalam mengukuhkan pembangunan ekonomi negeri terutama dalam sektor industri minyak dan gas serta petrokimia.

“Saya yakin projek Loji Melamina yang akan kita lancarkan sebentar lagi akan mengukuhkan lagi kawasan ini sebagai sebuah zon pengeluar bahan kimia khusus bertaraf antarabangsa di rantau Asia Pasifik,” ujar Sanusi dalam Majlis Pelancaran Projek Loji Melamina Zon Industri, Petronas Chemicals Fertiliser Kedah Sdn Bhd di sini, hari ini.

Tambahnya, ia menjadi bukti bahawa Kedah adalah sebuah negeri yang kaya dengan sumber dan mesra perniagaan, sejajar dengan misi jangka panjang kerajaan untuk merangka pembangunan yang seimbang di negeri Kedah.

Jelasnya lagi, projek ini amat strategik, bermanfaat dan mampan sekali gus menunjukkan kepercayaan dan pengiktirafan pelbagai pihak terhadap keupayaan kerajaan negeri dalam menyumbang kepada kejayaan pelaburan perniagaan serta pertumbuhan ekonomi Kedah dan Malaysia secara keseluruhannya.

Muhammad Sanusi turut memberi jaminan bahawa kerajaan negeri sudah mengambil langkah untuk bekerjasama dengan institusi pendidikan dan latihan tempatan untuk memastikan rakyat Kedah mempunyai kemahiran yang mencukupi bagi memenuhi keperluan sumber manusia dalam projek terbabit.


 

Tiada ulasan