Header Ads

test

WARGA EMAS DUN BAYU TERIMA KATIL HOSPITAL


BALING - Seorang warga emas menerima kunjungan ADUN Bayu, YB Nasir Idris di kediamannya di Kampung Weng.


Kunjungan itu dibuat selepas Nasir menerima aduan berkaitan keadaan rumah warga emas tersebut yang memerlukan bantuan batu kasaran untuk diletakkan di halaman rumahnya yang becak teruk.


Timah Seliman, 85 dikenali sebagai maksu Timah seorang pesakit terlantar uzur di katil dan susah untuk bergerak.


Mengenang nasib yang menimpa beliau, Nasir mengambil peluang memberikan sumbangan katil ‘hospital’ bagi memudahkan urusan seharian beliau.


“Alhamdulillah masalah jalan ke rumah beliau telah berjaya diselesaikan dan saya berkesempatan menunaikan janji saya kepada beliau untuk menyediakan katil pesakit. 


“Keadaan beliau makin uzur dan dari gerak-geri wajah maksu Timah ingin mengucapkan terima kasih akan tetapi beliau tidak mampu berbicara seperti dulu.


“Saya mengharapkan bantuan yang tidak berapa ini dapat meringankan beban maksu sekeluarga. Saya mendoakan agar maksu sihat kehendaknya,” ujarnya.

Tiada ulasan