Header Ads

test

KEJAYAAN MAHA 2022 HARUS DIBANGGAKAN



SERDANG - Kejayaan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang disertai hampir 100,000 pengunjung harus dibanggakan, ujar Timbalan Speaker DUN Kedah, YB Ustaz Ahmad Fadzli Hashim.


Katanya, MAHA ini antara agenda dan usaha kerajaan dalam mempromosikan produk tempatan di dalam dan luar negara.


"Kesungguhan dan kreativiti dalam memasarkan dan meluaskan pasaran produk tempatan oleh semua agensi harus dipuji serta diharapkan agar produk tempatan dari negeri Kedah ini mampu diperluaskan lagi di pasaran memandangkan ia mempunyai potensi yang begitu baik terutamanya hasil-hasil pertanian dan penternakan.


"Kesungguhan yang ditonjolkan ini patut diteruskan dan ia mendapat sokongan oleh semua lapisan masyarakat sebagai satu kelangsungan jaminan keselamatan pada masa depan," katanya kepada media, semalam.


Ujarnya lagi, pengujung dilihat sangat teruja untuk hadir ke MAHA kali ini memandangkan penangguhan selama dua tahun akibat pandemik COVID-19.


"Saya ingin melahirkan rasa syukur kerana dapat diberi peluang mengunjung Pavilion Kedah di MAHA 2022, melihat dan merasai sendiri produk-produk tempatan dari usahawan Negeri Kedah dan menyeru kepada semua untuk sama-sama memeriahkan program berprestij sebegini," ujarnya.

Tiada ulasan