Header Ads

test

BECTON, DICKSON AND COMPANY (BD) BINA KILANG RM300 JUTA DI KEDAH



KULIM - Syarikat teknologi perubatan terkenal, Becton, Dickson and Company (BD) akan membina kilang baharu di Kulim, Kedah. 


Syarikat tersebut telah melabur RM300 juta bagi memperluaskan kilang pengeluarannya untuk pemindahan produknya dari Amerika syarikat ke Kedah. 


Menurut kenyataan rasmi Invest Kedah, kilang tersebut bakal siap akhir 2023 dan mampu membuka peluang pekerjaan hampir 1,800 pekerja tempatan. 


Dalam kenyataan itu, syarikat tersebut akan memperluas kilang ke tahap 67 peratus daripada 165,000 kaki persegi ke 275,000 kaki persegi dan pindahan produk mengambil masa dalam tempoh tiga tahun. 


Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatnkuasa Industri dan Pelaburan Sains Tekonologi dan inovasi dan Pengajian Tinggi, YB Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman Ku Ismail.

Tiada ulasan